2022年6月29日星期三

Faedah-Faedah aktiviti kokurikulum [SPM Esei]

Masalah sosial dalam kalangan pelajar semakin meningkat sehingga membimbangkan masyarakat.

Huraikan faedah-faedah aktiviti kokurikulum yang boleh menangani isu tersebut.


      Dewasa ini, kerencah sosial yang semakin meruncing telah memuncakkan kebimbangan segenap lapisan masyarakat. Dengan ini, pihak sekolah mempergiat usaha untuk menarik murid-murid menyertai aktiviti kokurikulum. Hal ini demikian kerana aktivti kokurikulum akan mendatangkan faedah-faedah yang bernilai kepada murid-murid termasuklah mengelakkan mereka terjerumus dalam gejala sosial. Maka, faedah-faedah aktivti kokurikulum yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan secara terperinci demi kebaikan bersama.

     Terlebih dahulu, aktiviti kokurikulum seperti sukan, persatuan dan unit beruniform akan membolehkan murid-murid berdisiplin. Hal ini demikian kerana disiplin diutamakan dalam aktiviti kokurikulum. Penekanan ini memungkinkan murid-murid mematuhi peraturan-peraturan. Dengan ini, murid-murid dapat menjalankan aktiviti dengan lancar dan selamat. Mereka juga akan menepati masa, memakai pakaian yang betul dan menggunakan peraturan baik. Hasilnya, murid-murid yang bersikap berumur setahun jagung, berdarah setampuk pinang akan menjadi lebih berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri.

     Selain pernyataan yang dihuraikan di atas, kebaikan yang mustahak ialah kebolehan kepimpinan dapat dipupuk dalam kalangan remaja. Sebagai contoh, aktiviti berkumpulan yang dijalankan memberi peluang kepada murid-murid berpendapat dan mengeluarkan kritikan secara terbuka. Seterusnya, murid-murid berpeluang menjadi ketua kumpulan dan bertanggungjawab atas memberi arahan kepada ahli kumpulan untuk menjayakan aktiviti. Kesannya, murid-murid akan menjalankan tugas dengan bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh.

      Begitu juga, manfaat aktivit kokurikulum yang lain ialah sikap mementingkan diri dapat dihakis. Aktivit berkumpulan yang menekankan kerjasama akan membolehkan ahli kumpulan bersatu hati. Bak kata pepatah muafakat membawa berkat, murid-murid akan mengetahui betapa penting kerjasama antara ahli kumpulan. Secara tidak langsung, perpaduan kaum dalam kalangan remaja dapat dipupuk. Hal ini demikian kerana kumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum akan bekerjasama dan bersatu padu melalui aktiviti berkumpulan. Ringkasnya, semangat kekitaan antara murid akan dilahirkan.

     Seperkara lagi, aktiviti kokurikulum dapat mengasah bakat murid-murid. Pelbagai aktiviti yang dijalankan membolehkan murid-murid mencari identiti diri dan mempertingkat harga diri mereka. Contoh aktiviti ialah latihan lasak, mendaki gunung, berkhemah dan sebagainya. Dengan ini, keyakinan diri dalam kalangan remaja dapat dipertingkat. Maka, mereka akan lebih mengenali diri dan menjadi modal insan yang berkualiti.

    Bak kata pepatah masa itu emas, murid-murid haruslah menceburkan diri dalam aktivti kokurikulum dan menghindari diri daripada gejala sosial. Melalui aktiviti kokurikulum, mereka akan menyiapkan diri dengan nilai yang positif dan proaktif. Justeru, mereka dapat membuktikan bahawa mereka berketerampilan untuk menerajui negara pada masa depan kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. 

没有评论:

发表评论

简介

作文整理处