Pada era globalisasi ini, teknologi semakin berkembang dan membawa pelbagai manfaat yang tidak dapat dikira kepada masyarakat terutama perkembangan Internet. Memang tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan Internet diberi keutamaan pada hari ini sehingga menjadi kebiasaan masyarakat. Maka, faedah- faedah Internet yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan secara terperinci demi kebaikan bersama.
Terlebih dahulu, antara kebaikan Internet ialah penggunaan Internet menjadi hiburan kita semasa masa lapang. Kita sedia maklum bahawa Internet berperanan penting dalam penyebaran pelbagai informasi. Internet yang berkembang pesat ini memungkinkan pengguna Internet menonton filem, bermain permainan dan mendengar muzik. Ringkasnya, penggunaan Internet membolehkan kita memanfaatkan masa lapang.
Selanjutnya, Internet juga mengeratkan silaturahim pengguna Internet. Perkembangan Internet yang canggih ini menbolehkan kita berkomunikasi dengan orang di mana-mana tempat dengan mudah. Selain mengenali orang di negara lain , pengguna Internet dapat berinteraksi dengan ahli keluarga dan kawan di tempat yang jauh. Sebagai contoh, aplikasi Internet seperti Facebook memberi peluang kepada pengguna Internet berkomunikasi dengan cepat dan mudah. Sesungguhnya, Internet dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan menjalinkan hubungan yang baik dalam masyarakat.
Selain itu, kemustahakan Internet kepada masyarakat ialah kita dapat mengakses data secara mudah. Seperti yang kita ketahui, Internet dapat menyebarkan maklumat dengan berkesan. Dengan ini, Internet menjadi khazanah ilmu pengetahuan kepada para pengguna Internet. Jelasnya, kita boleh mendapat apa-apa maklumat yang kita mahu melalui Internet.
Konklusinya, kita mesti memanfaatkan Internet dan mengelakkan diri menyalahgunakan Internet. Bak kata pepatah masa itu emas, kita perlu menggunakan Internet dengan cara yang betul dan sikap yang positif.
没有评论:
发表评论