2022年6月30日星期四

Langkah-Langkah Memperkenalkan Permainan Tradisional [SPM Esei]

 Huraikan langkah-langkah untuk memperkenalkan permainan tradisional dalam kalangan masyarakat. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.  


      Tidak dapat dinafikan bahawa permainan tradisional merupakan khazanah kaum dan budaya yang patut diwarisi kepada generasi muda yang akan datang. Permainan tradisional dapat mengukuhkan ikatan kekeluargaan malah memperkukuh perpaduan kaum. Lebih mendukacitakan, permainan tradisonal semakin dipinggirkan oleh masyarakat. Lantaran itu, terdapat langkah-langkah untuk memperkenalkan permainan tradisional dalam kalangan masyarakat semula.

      Terlebih dahulu, media massa memainkan peranan yang penting untuk memperkenalkan permainan tradisional. Contohnya, televisyen menyiarkan rancangan berkaitan dengan permainan tradisional. Dengan ini, remaja akan terdedah kepada permainan tradisional. Remaja akan memperlajari teknik bermain permainan tradisional dan mempraktikan teknik tersebut. Remaja akan menimbulkan rasa ingin tahu dan bermain dengan rakannya. Ringkasnya, budaya permainan tradisional dapat disuburkan.

      Seterusnya, langkah yang dominan ialah pertandingan permainan tradisional diadakan. Tamsilnya, pihak sekolah mengadakan pertandingan bermain congkak yang terbuka dan tidak mengira umur. Dengan ini, semua penduduk dapat menyertai pertandingan permainan tradisional secara aktif. Hasilnya, permainan tradisional diperkenalkan dan hubungan dieratkam antara satu sama lain.

      Sementelahan, pihak sekolah perlu memperkenalkan permainan tradisional kepada pelajar. Umpamanya, pihak sekolah menyediakan permainan tradisional kepada pelajar. Pelajar-pelajar dibenarkan bermain permainan tradisional semasa waktu rehat. Kesannya, pelajar dapat mengenali permainan tradisional dan memanfaatkan masa terluang.

      Secara tuntas, semua pihak perlu mengambil inisiatif untuk memperkenalkan permainan tradisional dalam kalangan masyarakat semula supaya budaya kaum kita tidak terabai. Tidak dapat dinafikan bahawa permainan tradisional merupakan identiti kaum dan alat perpaduan kaum. Permainan tradisional patut dihargai dan diwarisi. 

    

没有评论:

发表评论

简介

作文整理处