Masih terdapat segelintir pelajar yang tidak menunjukkan minat terhadap pelajaran dan kerap melanggar peraturan sekolah.
Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak sekolah untuk menangani isu tersebut.
Dewasa ini, masalah disiplin dalam kalangan remaja menjadi tajuk perbincangan segenap masyarakat. Berdasarkan data statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, kekerapan melanggar peraturan sekolah semakin meningkat. Akan tetapi, masalah berlaku dengan puncanya selaras dengan " ada angin, ada pokoknya". Maka, langkah-langkah untuk mengurangkan kekerapan melanggar peraturan sekolah yang mewarnai fokus perbincangan akan diperhalus demi kebaikan bersama.
Umum yang kita ketahui, kelonggaran peraturan menawarkan peluang kepada pelajar untuk melanggar peraturan sekolah tanpa hukuman. Oleh sebab itu, langkah yang boleh dijalankan oleh pihak sekolah adalah memperketat peraturan sekolah, Semua pelajar patutlah bertanggungjawab ke atas segala tindak tanduk. Apabila mereka melanggar peraturan sekolah, hukuman yang berat akan dikenakan ke atas mereka. Umpamanya, pelajar yang ponteng sekolah diarahkan membersihkan tandas sekolah di bawah pemantauan guru. Dengan ini, pelajar tidak akan melanggar peraturan sekolah sewenang-wenangnya. Selain itu, nilai disiplin dan nilai bertanggungjawab akan disemat dalam jiwa mereka. Ringkasnya, peraturan sekolah yang ketat dapat mengurangkan kekerapan melanggar peraturan sekolah.
Lanjutan daripada itu, cara lain yang mustahak ialah pihak sekolah berbincang dengan pihak ibu bapa untuk menyelesaikan masalah ini. Hal ini demikian kerana ibu bapa pada hari ini lebih mementingkan harta duniawi dan telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Kelalaian mereka telah melahirkan anak-anak yang rendah moral. Oleh sebab itu, pihak sekolah dan ibu bapa perlulah bekerjasama untuk menerapkan nilai-nilai positif kepada pelajar dan mengawasi tindakan mereka. Tegasnya, kerjasama ibu bapa dengan pihak sekolah dapat mengurangkan kekerapan melanggar peraturan sekolah kerana muafakat membawa berkat.
Di sampling itu, pendekatan lain yang boleh dijalankan oleh pihak sekolah ialah mereka menggalakkan pelajar menyertai aktiviti kokurikulum dan memberi kursus kaunseling kepada pelajar yang tidak berminat terhadap pelajaran. Dengan ini, mereka akan mempelajari nilai-nilai yang berunsur positif selain meningkatkan stamina dan keterampilan dalam aktivit kokurikulum. Misalnya, aktiviti kokurikulum dan kursus kaunseling meningkatkan keyakinan dan mengembangkan potensi mereka. Mereka akan berminat untuk bersekolah. Begitu juga, mereka akan berusaha belajar untuk mendapat pekerjaan yang bertaraf tinggi. Maka, kekerapan melanggar peraturan sekolah boleh dikurangkan dengan memupuk sikap usaha tenaga kejayaan dalam kalangan pelajar.
Selanjutnya, pihak sekolah boleh mengadakan kempen kesedaran bertemakan kepentingan pelajaran. Dengan ini, pelajar akan menepati masa untuk belajar dengan berpegang pada peribahasa, "Masa itu emas". Seterusnya, kempen ini akan membangkitkan kesedaran mereka terhadap tanggungjawab atau masa depan mereka. Justeru, mereka tidak akan melanggar peraturan sekolah sebaliknya belajar dengan rajin.
Selain itu, usaha yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah ialah guru-guru memberi keprihatinan sama rata kepada pelajar. Tamsilnya, guru-guru tidak mengeluarkan soalan kepada pelajar yang cemerlang sahaja sebaliknya mengemukakan soalan kepada pelajar yang tidak menunjukkan minat terhadap pelajaran. Dengan ini, keyakinan mereka akan ditingkatkan dan berminat untuk belajar. Dengan berpegang pada peribahasa hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah, kekecapan melanggar peraturan sekolah dapat dikurangkan.
Secara tuntas, usaha kelangsungan pihak sekolah yang proaktif dan tidak luntur diperlukan untuk membendung masalah disiplin pelajar sehingga ke akar umbi. Oleh sebab pelajar-pelajar ialah pengganti bakal bagi barisan pimpinan, pihak sekolah patutlah memberi pengajaran kepada mereka untuk membolehkan mereka melangkah ke jalan sebenar.
没有评论:
发表评论