2022年6月30日星期四

Peranan Ibu Bapa dalam Menangani Tabiat Merokok Remaja [SPM Esei]

Tabiat merokok semakin berleluasa dalam kalangan remaja. Terangkan peranan ibu bapa bagi menangani masalah tersebut.

     Dewasa ini, tabiat merokok dalam kalangan remaja semakin bermahajarela sehingga diperdebatkan oleh masyarakat. Masalah ini telah memuncakkan kebimbangan segenap masyarakat. Tabiat buruk ini diharapakan dapat dibanteras dalam kalangan remaja yang merupakan tonggak negara pada masa hadapan ini. Maka, peranan ibu bapa bagi menangani masalah tersebut yang mewarnai fokus perbincangan perlu dihuraikan secara terperinci bersama dengan kebaikan.

     Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa mestilah menerapkan nilai keagamaan kepada anak mereka sejak kecil. Tidak dapat dinafikan bahawa pengetahuan agama memainkan peranan yang penting sebagai benteng menahan budaya negatif. Ibu bapa juga mestilah sentiasa memberi bimbingan kepada anak mereka selain mengawasi tindak tanduk anak mereka. Dengan ini, anak mereka akan sentiasa berada di landasan yang positif. Jiwa mereka juga tidak akan mudah dipengaruhi oleh rakan-rakannya. Hasilnya, remaja yang menyediakan diri dengan nilai positif dan proaktif tidak akan merokok.

    Bertitik tolak daripada itu, ibu bapa mestilah menghindari tabiat merokok. Berpegang kepada peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya, tindakan ibu bapa akan mempengaruhi anak mereka. Dengan ini, ibu bapa sebagai suri teladan perlu memberi contoh yang baik kepada anak mereka. Seperti yang kita ketahui, ibu bapa merupakan pencorak warna anak mereka. Ibu bapa yang mengamalkan gaya hidup yang sihat adalah mustahak terhadap pembentukan sahsiah dan peribadi anak mereka. 

    Lanjutan daripada itu, ibu bapa mesti memikul tugas mereka sebagai ibu bapa. Ibu bapa sewajarnya membesarkan anak mereka dengan penuh kasih sayang. Ibu bapa tidak seharusnya mementingkan soal ekonomi dan kebendaan. Ibu bapa hari ini yang menukarkan kasih sayang dengan wang telah mengakibatkan anak mereka ketandusan kasih sayang. Secara tidak langsung, anak mereka bergaul dengan kelompok remaja yang rendah akhlak untuk mendapat keprihatinan. Anak mereka juga akan berikhtiar untuk menarik perhatian ibu bapa dengan terlibat dalam gejala sosial terutamanya merokok. Justeru, ibu bapa mestilah menaruh kasih sayang terhadap anak mereka dan membahagi masa untuk menemani anak mereka. Masa itu emas, masa untuk menemani keluarga adalah dihargai.

    Seperkara lagi, ibu bapa mestilah sentiasa memahami keadaan pelajaran anak di sekolah. Contohnya, ibu bapa sentiasa berhubungi dengan pihak sekolah. Dengan ini, ibu bapa dapat bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menangani masalah ke akar umbi semasa masalah diwujudkan. Ibu bapa juga perlu mendengar pendapat anak mereka supaya mengetahui perkara yang ditempah oleh anak mereka. Ibu bapa digalakkan sentiasa berbual-bual dengan anak mereka selain mengambil berat terhadap prestasi anaknya di sekolah. Hubungan keluarga akan menjadi akrab sekiranya persefahaman diperdalam. Dengan ini, tabiat merokok akan dibendung dalam kalangan remaja.

   Begitu juga, ibu bapa mestilah menggalakkan anak mereka menyertai aktiviti kokurikulum. Aktiviti fizikal seperti mendaki gunung, berenang dan berbasikal akan memupuk kekuatan mental dan fizikal anak mereka. Anak mereka juga akan berkawan dengan orang yang berakhlak tinggi. Aktiviti kokurikulum yang menitikberatkan tanggungjawab juga memungkinkan anak mereka berdisiplin dan bertanggungjawab atas segala tindak tanduk mereka. Jelasnya, remaja yang bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum akan menghindari tabiat merkok.

   Secara tuntas, anak ialah anugerah dan nikmat kurniaan Tuhan. Ibu bapa perlu mengambil pendekatan yang efisien supaya anak tidak  terlibat dalam gejala sosial. Remaja perlu digalakkan untuk menghindari tabiat merokok kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Tabiat merokok yang tidak sihat juga perlu dikawal di negara Malaysia supaya tidak mempengaruhi remaja lagi.

没有评论:

发表评论

简介

作文整理处